tentang rasa

Dulu
Aku rasa amat bertuah
Kerana sentiasa ditemani
Bintang yang bergemerlapan
Kehadirannya mengubah 360 darjah
Kehidupanku

Kini
Bintang itu meninggalkanku
Untuk mengejar cita-citanya
Tiada lagi keceriaan
Dan kegembiraan untukku
Malam juga semakin suram
Seperti memahami perasaanku ini

Kini.....walaupom hati ini
Cuba menidakkan kebenaran itu
Aku menerima hakikat
Bahawa bintang itu hanyalah sahabatku
Yang paling aku harapkan
Insan yang bernama bintang itu
Tidak melupakan diriku
Daripada kamus hidupnya

2 comments: