Dua Hati Bersatu

kiri dan kanan
atas dan bawah
langit dan bumi
jarak dan haluan sememangnya berlainan

begitu juga dengan manusia 
lelaki dan perempuan punya haluan
berbeza
tetapi apabila didekatkan
mereka diibaratkan seperti kutub utara 
dan kutub selatan
bersatu di penghujungnya

hati aku milikmu
kita bukan sahaja seperti kutub magnet yang saling bersandaran 
tetapi hati kita seirama
dan terciptalah lagu indah untuk kita
hayati bersama

jangan pernah engkau pergi
tinggalkan daku disini sendiri lagi
bersatulah kita selamanya
keranairam dan lagu
tak akan pernah berpisah

No comments:

Post a Comment